Tindak balas keselamatan Komplot pengeboman pesawat rentas Atlantik 2006

Lapangan Terbang Heathrow

Sebaik sahaja selepas penangkapan-penangkapan pertama, peraturan-peraturan penumpang dipinda untuk penerbangan-penerbangan antara Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk melarang sebarang cecair, termasuk minuman, gel rambut, ubat gigi, lipstik, pelindung cahaya matahari, dan losen tangan, disebabkan kesangsian bahawa kimia-kimia cecair telah dirancangkan untuk kegunaan dalam serangan-serangan. Oleh sebab penumpang-penumpang mungkin akan membeli minuman-minuman selepas melintasi tempat-tempat pemeriksaan lapangan terbang yang biasa, pemeriksaan di pintu-pintu masuk pesawat juga diadakan di banyak lapangan terbang.

United Kingdom

Pusat Analisis Terorisme Bersama Britain menaikkan peringkat amaran terorisme dari 'teruk' ke 'genting' untuk menandakan bahawa satu serangan dipercayai pasti akan meletus, walaupun ini hanya dibuat selepas serbuan. [5] Keselamatan di semua lapangan terbang UK diketatkan pada tahap yang tertinggi, dengan semua bagasi terpaksa disimpan dalam palka pesawat (termasuk buku, akhbar, dan sarung cermin mata). Dalam tempoh singkat, semua bagasi tangan tidak dibenarkan kecuali hanya beberapa barang yang amat perlu, seperti dokumen perjalanan dan dompet. Penumpang-penumpang yang diiringi oleh kanak-kanak kecil dibenarkan membawa makanan bayi tetapi harus merasanya di hadapan kakitangan pesawat. [22]

Reid mendakwa bahawa ini merupakan satu "komplot yang amat penting" dengan tujuan untuk "menghempaskan sebilangan pesawat melalui letupan-letupan semasa penerbangan". Beliau menambah: "Kami sedang berbuat apa-apa saja yang mungkin unutk menggagalkan sebarang kegiatan terorisme lanjut... Ini bermaksud gangguan besar di semua lapangan terbang UK." [1] Kenyataan-kenyataan ini menyusul komen-komen pada hari yang lalu yang dibuat oleh Reid mengenai keperluan untuk mengambil berat tentang ancaman-ancaman terorisme terhadap UK. [23]

Amerika Syarikat

Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat telah melarang semua cecair dan gel di dalam bagasi tangan untuk semua penerbangan, kecuali makanan bayi dan ubat preskripsi atas nama pemegang tiket. [24] Peringkat DHS di Amerika Syarikat dinaikkan kepada 'teruk' (merah) bagi semua penerbangan ke atau dari United Kingdom. Peringkat amaran terorisme bagi semua penerbangan dalam negeri atau penerbangan antarabangsa bukan British di Amerika Syarikat dinaikkan ke peringkat "tinggi" (jingga).

Menurut Tony Snow, Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Presiden Bush telah menyedari komplot itu sejak 6 Ogos dan meluluskan kenaikan peringkat amaran pada 9 Ogos. [25] Pada 9 Ogos, iaitu hari sebelum berita komplot disiarkan, Rumah Putih melancarkan sebuah kempen untuk membidas para pembangkang Demokrat sebagai lemah terhadap terorisme. Seorang pegawai kanan Rumah Putih mengatakan bahawa kerajaan British telah menangguhkan serbuan sehingga lama sesudah Cheney mengadakan persidangan panggilan telefon yang amat luar biasa dengan wartawan-wartawan untuk membidas para Demokrat sebagai lemah terhadap terorisme. [26]

Mitt Romney, Gabenor Massachusetts telah menempatkan ahli-ahli Pengawal Negara serta pintu-pintu pemeriksaan sebagai tambahan untuk tempat-tempat pemeriksaan biasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan, Boston. [27] Peringkat keselamatan yang ditinggikan dianggap "tidak pernah berlaku dahulu". [10] Menurut Setiausaha Akhbar Keselamatan Tanah Air, langkah-langkah keselamatan telah dipertingkatkan supaya mereka dapat lebih tahu tentang keadaan itu, dan untuk mengelakkan sebarang komplot terorisme tambahan. [10] Selain itu, Arnold Schwarzenegger, Gabernor California, juga mengaktifkan pasukan Pengawal Negara di dalam negerinya untuk memperkukuh keselamatan lapangan-lapangan terbang Califoria.[10]

Rujukan

WikiPedia: Komplot pengeboman pesawat rentas Atlantik 2006 http://www.cbc.bb/content/view/6845/10/ http://www.cbc.ca/world/story/2006/08/10/bombing-a... http://blogs.abcnews.com/theblotter/2006/08/explos... http://www.britishairways.com/travel/flightops/pub... http://www.chron.com/disp/story.mpl/ap/politics/41... http://edition.cnn.com/2006/US/08/10/us.security/i... http://edition.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.... http://edition.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.... http://www.cnn.com/2006/US/08/10/us.security/index... http://www.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.terr...